Selamat Tinggal Kompeni 7 !

 Assalamualaikum dan hi Kompeni 7 !

Tidak sangka kita sudah sampai dipenghujung cerita. Segala pahit manis kita bersama tidak mungkin aku lupakan begitu saja. Tanpa rakan-rakan semua, tidak mungkin aku belajar apa itu kenangan dan kejayaan. Tahniah untuk semua Kompeni 7 kerana telah selesai kelima-lima kursus sepanjang berada dalam KOR SISPA. Bermula dari Kursus Asas yang dilakukan secara dalam talian, Kursus First Responder Life Support (FRLS), Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP), Kursus Methodologi dan akhirnya Kursus Bakal Pegawai. 

Alhamdulillah, kita  berjaya mengharungi kesemuanya walaupun ditemani dengan ketakutan dan tangisan air mata. Tahniah semua!

Izinkan aku berkongsi coretan kenangan kita bersama :)


Kursus FRLS



Kursus PPP




Kursus Methodologi




Kursus Bakal Pegawai

Setiap perkenalan pasti ada perpisah. Yaa... itulah kita. Hampir 2 tahun setengah kita bersama dalam organisasi ini. Namun apakan daya, masanya telah tiba. Terima kasih sekali lagi atas segala kenangan yang diciptakan bersama. 



Selamat Tinggal Kompeni 7 !


Ulasan