Cerpen Uda dan Dara Karya Usman Awang

Judul buku : Kami Yang Terlibat
Pengarang : Usman Awang
Tahun terbit : 2019
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur



Kami Yang Terlibat, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Usman Awang memuatkan sebanyak 20 cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan , secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilau tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.

Uda dan Dara merupakan salah satu cerpen yang terkandung dalam kumpulan cerpen ini. Ianya mengisahkan tentang percintaan dua darjat. Dimana Uda adalah seorang lelaki desa yang sangat cintakan kekasihnya Dara, iaitu seorang gadis yang berasal dari keluarga yang berada. Uda sanggup ke kota untuk mencari sumber kewangan demi memikat hati ibu si Dara yang bersikap materialistik. Sepanjang Uda berada di kota, dia tidak tahu tentang keadaan di kampungnya. Dimana Tuan Haji Alang Bakhil telah menindas penduduk kampung termasuk ibu Uda. Tuan Haji Alang Bakhil membantu membeli tanah jualan penduduk kampung yang tidak mempunyai wang yang mencukupi, dan keadaan juga menjadi semakin genting apabila Utih datang menghalang niat Tuan Haji Alang Bakhil untuk memusnahkan tanaman penduduk kampung.

Dara pula telah bertunang dengan orang hartawan. Kepulangan Uda ke kampung dalam keadaannya yang tidak sihat menyebabkan dia tidak dapat berjumpa dengan Dara. Namun, Uda memohon permintaan terakhir kepada ibunya untuk membawa Dara berjumpa dengannya. Dara terlambat beberapa saat sebelum Uda menghembuskan nafas terakhirnya.

Kematian Uda menyebabkan Dara merintih berpanjangan, tidak lalu makan dan jatuh sakit. Badannya menjadi susut dan wajahnya pucat dan cengkung. Ibu Dara membawanya berjumpa bomoh dan dukun untuk mengubatinya akan tetapi keadaan Dara tidak juga baik. Akhirnya, Dara juga menghembus nafas terakhirnya. Jenazah Dara dikebumikan di sebelah kuburan Uda. Uda dan Dara selalu disebut-sebut sebagai pelambang cinta kasih yang teguh dan murni. 

Ulasan