KRITIKAN DRAMA ; Lantai T.Pinkie




SINOPSIS

Drama Lantai T.Pinkie ini bertemakan tentang kemanusiaan yang agak besar nilainya dengan menjadikan watak T.Pinkie sebagai watak utama. T.Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seiindahkuno binti Tengku Afraruddin adalah seorang gadis bangsawan tetapi melakukan kerja sebagai penari di Bunga Joget Moden. Tema kemanusiaan dalam drama ini  dibuktikan melalui kisah T.Pinkie, iaitu penari kerusi nombor tujuh yang telah menjadikan lantai joget itu sebagai kehidupannya. T.Pinkie telah dipaksa berkahwin dengan Gonjuloh dan sepanjang perkahwinannya, T.Pinkie dipukul oleh Gonjuloh. Oleh itu, T.Pinkie telah melarikan diri dan meminta pertolongan Muhairi. Muhairi telah membawa T.Pinkie ke Teluk Melano, Sarawak.

Kritikan terhadap Masyarakat yang Suka Berhibur (hlmn 55)

Hiburan adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia untuk menghilangkan tekanan. Kebanyakan manusia menjadikan hiburan sebagai salah satu medium kreativiti yang menggambarkan emosi dan pemikiran manusia. Sebaliknya, hiburan pada masa kini telah disalahgunakan oleh segelintir manusia sehingga menyebabkan hiburan telah gagal mencapai objektifnya sebagai menenangkan jiwa. Ajaran islam telah mendidik umatnya berhibur mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti menggunakan lagu tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan ajaran islam, dan mengelakkan pergaulan bebas. Dalam sesuatu hiburan perlulah mengelakkan daripada percampuran antara lelaki dan perempuan. Namun dalam drama Lantai T.Pinke, ada unsur hiburan yang melampaui batas.

Contohnya melalui perbualan antara Muhairi dan T.Pinkie yang berada didalam hiburan persembahan tarian. Dalam persembahan tersebut mengandungi unsur-unsur yang melalaikan seperti memasang lagu-lagu yang mempengaruhi fikiran manusia yang terlibat dalam persembahan tersebut. Perkara ini akan memudahkan mereka terpesong ke arah maksiat. Bukan sahaja memasang lagu yang melalaikan boleh ke arah maksiat malah penampilan yang melanggar syariat islam juga akan menyebabkan lelaki tergoda terhadap tubuh badan wanita tersebut.


Kritikan terhadap Masyarakat yang Menjatuhkan Maruah Wanita (hlmn 42-43)

Maruah wanita Islam adalah perkara sensitif yang harus dipertahan dan diperjuangkan. Majoriti umat Islam kini sering mengendahkan perkara ini serta menjadikan maruah wanita sebagai bahan gurauan. Kehormatan wanita dalam Islam amat tinggi kedudukannya. Perintah menutup aurat dengan memakai tudung yang menutupi dada, baju yang longgar, dan tidak menarik perhatian merupakan landasan yang kuat bagi seorang wanita untuk menjaga kehormatan dirinya. Namun dalam drama Lantai T.pinkie, terdapat segelintir masyarakat yang cuba menjatuhkan maruah wanita.

Contohnya melalui perbualan antara T.Pinkie dengan Nyai Sunarti tentang pernyataan seorang lelaki iaitu Tuan Van Klinkert Delarosa terhadap wanita. Menurutnya, wanita dianggap sebagai objek untuk pemuas nafsu kaum lelaki semata-mata. Baginya juga, tubuh badan wanita seperti leher, kening, punggung, adalah sesuatu yang indah. Perkara ini menunjukkan bahawa diri seseorang wanita muslim telah dipermainkan oleh lelaki melalui percakapan yang langsung tidak menghormati kaum wanita. Kehormatan dan maruah sebagai wanita sudah menjadi bahan permainan sehingga mereka menganggap wanita hanyalah untuk memuaskan nafsu mereka sahaja.


Kritikan terhadap Masyarakat yang Tidak Ikhlas Dalam Mencari Ilmu (hlmn 8)

Ilmu merupakan perkara yang sangat dituntut oleh manusia khususnya umat Islam untuk mencapai kebaikan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapatkan petunjuk serta nikmat Allah S.W.T. Menuntut ilmu di sisi islam adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap umat islam. Namun dalam drama Lantai T.Pinkie, terdapat masyarakat yang tidak ikhlas dalam mencari ilmu. Contohnya, Loiran tidak mempunyai niat yang jelas dalam mencari ilmu berkenaan hikayat Gul Bakawali. Dia hanya mengunakan alasan untuk mencari ilmu pengetahuan tentang hikayat tersebut malah dalam hatinya dia ingin mendapatkan pengetahuan lain iaitu berkenaan kisah tentang ibunya. Sikap sedemikian tidaklah dituntut dalam islam.


Kritikan terhadap Masyarakat yang Taasub dengan Ajnabi (hlm 47-48)

Setiap insan dimuka bumi ini memiliki perasaan suka dan cinta kepada lawan jenis, rasa sayang kepada ahli keluarga, pasangan, saudara atau sahabat. Cinta adalah suatu perasaan yang indah dirasakan setiap manusia. Perasaan ini adalah satu lumrah dan anugerah daripada Allah SWT. Allah telah menciptakan daya tarik sesama makhluk untuk saling membimbing dan memerlukan antara satu sama lain. Jelas disini, rasa sayang dan suka kepada lawan jenis adalah satu perkara normal. Namun akan menjadi masalah sekiranya seseorang itu cenderung terlalu obses atau taasub dalam meminati seseorang kerana perasaan yang berlebihan itu tidak dibenarkan dalam Islam. Namun dalam drama Lantai T.Pinkie ada golongan masyarakat yang sangat taasub dengan ajnabi.

Contohnya, watak Nyai Sunarti dalam drama ini menunjukkan dia terlalu taasub dengan majikannya, Tuan Delarosa sehingga dia menangis dalam tempoh yang agak lama dan sanggup menghina dirinya sendiri dengan mengatakan dirinya ‘goblok’ yang membawa maksud ‘bodoh’ akibat terlampau rindu akan Tuan Delarosa.


Ulasan