Ruhaini Mat Darin; Penulis Prolifik Malaysia



BIODATA RINGKAS
  •  Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Kota Kinabalu, Sabah. 
  • Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. 
  • Beliau juga merupakan graduan Fakulti Pengurusan Kewangan dari USM (2003). 
  • Pernah bekerja sebagai juruaudit di beberapa syarikat selepas graduasi. 
  • 2016, beliau telah memilih untuk menjadi pekerja bebas dan membuat keputusan tersebut bagi menggunakan masa lapang yang lebih untuk menulis dan menjalankan perniagaannya. 
  • Beliau merupakan ahli Badan Bahasa Sasera Sabah dan ahli seumur hidup Kesatuan Penulis Nasional (PENA)

KARYA

Novel

  • Gadis Adikara. Kuala Lumpur: Cerdik Publication, 2007
  • Jendela Menghadap Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2009
  • Pesona Sandora: Misteri di Provinsi Terpencil. Kuala Lumpur: PTS, 2010
  • Nurbalkis. Kuala Lumpur: DBP, 2010
  • Nisan. Kuala Lumpur: Penerbitan Melur, 2011
  • Waris Pejuang. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2012
  • Dukana. Kuala Lumpur: ITBM, 2013
  • Anatomi Rupert. Kuala Lumpur: ITBM, 2013.
  • Di Seberang Jalan. Kuala Lumpur: ITBM, 2014.
  • Kotak. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
  • Dalam Getar Waktu. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2014
  • Cerita Perang Bariga. Kuala Lumpur: HSKU, 2015
  • Trivia. Kuala Lumpur: ITBM, 2015
  • Ajal. Kuala Lumpur: Utusan & UTM Press, 2015 (fiksyen sains)
  • Sekurun Mencari Sinar. Kuala Lumpur: DBP, 2015
  • Kafe. Kuala Lumpur: DBP, 2018
  • Hari-Hari Terakhir Di Jesselton. Kuala Lumpur: DBP, 2018
  • Kenangan Melankolik Perempuan Pendamping Waktu: NUSA Centre, 2020
  • Yang Mendekat dan Menjauh:DBP, 2020
Cerpen
  • Misi Penyepit Kain. Kuala Lumpur: ITBM, 2013
  • Melawan Yang Mustahil. Kuala Lumpur: ITBM, 2014
  • Jenaka si Darah Legenda. Kuala Lumpur: ITBM, 2015
  • Bulan Tenggelam Dalam Perahu. Kuala Lumpur: DBP, 2015
  • Koleksi Cerpen: Against All Odds (Terjemahan daripada Melawan Yang Mustahil). Kuala Lumpur: ITBM, 2016.
  • Fiksi Buat Marquez. Kuala Lumpur: DBP, 2017
  • Cerita Yang Merayap-Rayap Di Dermaga. Kuala Lumpur: DBP, 2018
  • Kanvas Merah Jambu Van Gogh. Kuala Lumpur: Nusa Buku VS ITBM, 2018
  • Cerita Orang-Orang Sunyi, Nusa Centre, 2020

Antologi Kolektif
  • Istana Cinta Ayah. Anatologi cerpen pemenang sayembara mengarang cerpen sempena 50 tahun Merdeka. Kuala Lumpur: DBP, 2009 (cerpen Yang Aneh)
  • Emas Hitam. Antologi cerpen hadiah sedco-bahasa ke 2. Kuala Lumpur: Penerbitan Melur, 2010 (Cerpen Emas Hitam)
  • Karya sasterawan. Kuala Lumpur: BTN, ITNM & Pena, 2011 (cerpen Loran)
  • Antologi cerpen Indonesia-Malaysia. Kuala Lumpur: Buku Obor & ITBM, 2013 (cerpen Bendera Yang Kembali Berkibar)
  • Cerpen terbaik 2014. Kuala Lumpur: Fixi, 2015 (cerpen Basikal Terbang Dan Misteri Kematian Profesor Jabbar)
  • Yang Aneh Yang Magis. Kuala Lumpur: KataPilar Books, 2017 cerpen Misi Penyepit Kain.
  • Antologi bersama Anwar Ridwan dan SM Zakir - Perempuan yang jatuh dari langit, cerpen moden Melayu diterjemahkan ke Bahasa Rusia, 2019

ANUGERAH

Hadiah Sastera Sabah
  • 2006/2007 kategori novel remaja 
  • 2008/2009 kategori cerpen eceran 
  • 2010/2011 kategori cerpen, novel dan puisi 
  • 2012/2013 kategori cerpen dan kumpulan cerpen 
  • 2014/2015 kategori novel remaja dan cerpen eceran 
  • 2016/2017 kategori novel dan cerpen eceran
  • 2017/2018 bagi kategori novel 
  • 2021/2022 kategori puisi dan cerpen eceran
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
  • 2010 (Jendela Menghadap Jalan) 
  • 2012 (Waris Pejuang) 
  • 2013 (Dalam Getar Waktu dan Kotak) 
  • 2014 (Cerita Perang Bariga)
Hadiah Sastera Perdana
  • 2006/2007 bagi kategori novel remaja 
  • 2008/2009 bagi kategori cerpen eceran 
  • 2010/2011 bagi kategori novel, cerpen dan puisi 
  • 2012/2013 bagi kategori cerpen dan kumpulan cerpen
Pemenang Sayembara ITBM-Pena-BH
  • Tempat pertama bagi kategori cerpen (Melawan Yang Mustahil) 
  • Saguhati novel (Anatomi Rupert) pada musim pertama dan musim kedua 
  • Saguhati (Trivia dan Jenaka Si Darah Legenda)

PENGALAMAN MULA MENULIS
  • Mula berminat mencari tahu tentang buku dan membaca buku yang diterjemah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak di bangku universiti, lalu timbul minat untuk menulis seperti yang ditulis oleh pengarang buku-buku yang dibaca. 
  • 2007, mula menghasilkan karya dan menghantar di surat khabar tanpa berfikir karya tersebut akan diterbitkan. 
  • Pernah memenangi pertandingan menulis di peringkat kebangsaan, dan dari situ timbul motivasi untuk menulis kerana baginya bidang penulisan dapat menjana pendapatan. 

FAKTOR YANG MENDORONG BELIAU KEPADA PENULISAN
  • Selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau mula mencari tahu tentang penerbit-penerbit buku di halaman terakhir buku-buku pengarang tempatan. 
  • 2009, beliau belum berkeyakinan untuk menghantar karya dalam bentuk manuskrip ke mana-mana penerbit kerana beliau bukanlah seorang yang berlatarbelakangkan bidang sastera tetapi lebih kepada bidang kewangan. 
  • 2010, mula menyertai bengkel penulisan pertama dan pembimbingnya ialah Dr Mana Sikana yang mengajar tentang cerpen, dan dalam tahun yang sama bertemu dengan Lim Swee Tin, mengajar tentang puisi dan cerpen. 
  • Menyukai cerita berbentuk misteri, jadi buku pertama yang dihasilkan berkaitan dengan penyiasatan (Gadis Adikara, 2007), oleh itu beliau mencari tahu sekiranya beliau menghasilkan tulisan sebegitu maka penerbit yang mana boleh menerima karya tersebut. 
  • Mula menghantar karya terawal di PTS.


PANDANGAN BELIAU TERHADAP REMAJA YANG SUKA MEMBACA NOVEL PICISAN 

Remaja cenderung kepada novel picisan kerana ianya ringan dan lebihkan hiburan yang terbuai-buai dengan emosi tanpa perlu memikirkan gagasan atau ideologi yang berat. Namun, tidak semua berfikiran sebegitu kerana jika bercakap tentang komersial yang boleh diterima ramai ialah kisah pencintaan, kisah kekeluargaan yang melewa-lewa seperti diadaptasi di drama tv kerana cerita picisan ini mempunyai satu kelebihan yang dapat menarik emosi. 


TIPS MENULIS KEPADA PENGARANG MUDA

Perlu banyak membaca seperti saranan A. Samad Said yang mengatakan “ membacalah empat kali, barulah menulis satu kali “ namun beliau juga menyarankan pada era moden ini, kita harus membaca 10 kali baru menghasilkan tulisan kerana pembacaan mungkin tidak boleh menampung usia muda kerana kurangnya pengalaman hidup dan sepenuhnya bergantung kepada emosi dan imaginasi. Pembacaan dapat membantu mencari satu kaedah tulisan yang lengkap serta baik

Ulasan