Koleksi Karya Terbitan Dewan Siswa!

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih berpeluang menulis di sini berkongsi cerita suka dan duka bersama para pembaca. 

Kali ini, saya sebagai penulis ingin berkongsi mengenai karya-karya puisi saya yang telah diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa sepanjang 2023. Gembira rasanya kerana bukan satu tapi tiga puisi dalam setahun. Tidak henti-henti mulut ini mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT atas limpahan rezeki ini. 

Sepanjang 2023, karya saya telah diterbitkan sebanyak 3 kali dalam Majalah Dewan Siswa iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.



Puisi Mahsuri Terbitan Mac 2023


Puisi Duniaku Terbitan Julai 2023


Puisi Insan Mulia Terbitan November 2023

Sebagai pelajar juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya Prof. Madya Dr Kamariah Kamarudin atas segala tunjuk ajar dalam bidang penulisan kreatif khususnya. Tanpa ajaran dan bimbingan daripada Dr, mungkin saya tidak tahu untuk mengembangkan bakat diri ini. 

Sekian, Terima Kasih.


Ulasan