Sukarelawan Yayasan Foodbank Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan hi semua. Korang pernah join aktiviti kesukarelawanan tak? Seronok kan? Dapat kenal orang baru, dapat ringankan beban orang lain, dan paling penting dapat pengalaman baru !

Alhamdulillah, pada 24 November yang lalu saya bersama 8 orang rakan saya telah menjadi sukarelawan untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Tengkujuh YFBM 2023. Kami dipanggil oleh pihak Yayasan Food Bank Malaysia bagi membungkus pek makanan asas untuk diberikan kepada mangsa yang memerlukan di Sungai Siput, Perak.

Sebelum membungkus makanan, kami mengagihkan tugas. Seorang perlu membungkus dua jenis barangan keperluan bagi tujuan mempercepatkan proses pembungkusan. Ada juga yang diminta untuk melipat kotak, mengangkat barangan untuk disusun dan sebagainya.

Pihak YFBM memberi layanan yang baik kepada kami sepanjang berada di sini. Kami juga diberi makan tengah hari. Sebelum pulang, mereka memberikan kami giftbag yang terisi shampoo, pek makanan ready to eat, air kotak, sos korean dan banyak lagi. Sukanyaaa dapat hadiah!

Berikut merupakan aktiviti kami sepanjang berada di YFBM;



 

Sebanyak 285 bungkus pek makanan telah siap sedia untuk dibawa ke Sungai Siput, Perak.


Sebelum berangkat pulang, kami mengambil gambar kenang-kenangan bersama pihak YFBM. 



Bersyukur kehadrat ilahi atas segala ruang dan peluang yang diberikan dalam menimba pengalaman baru. Terima kasih juga kepada pihak KOR SISPA UPM dan YFBM kerana sepakat dalam aktiviti kesukarelawanan ini. Semoga pada masa akan datang, saya dapat lagi merasa kenangan menjadi sukarelawan sebegini. 

Insya-Allah aamiin.

Ulasan