Assalamualaikum dan hi semua. Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah SWT. Korang semua suka tak buat aktiviti lasak seperti hiking? Haa kalau tak pernah cuba, korang patut cuba! Seronok! Minat saya dengan hiking ini bermula ketika saya di tingkatan 6. Sehingga ke hari ini, sudah 3 gunung yang saya telah daki. Inilah serba sedikit cerita tentang pendakian saya. Tapi sebelum itu saya nak ingatkan, kalau korang ada masalah kesihatan janganlah cuba-cuba nak panjat bukit daki gunung semua ya. Nanti tak pasal-pasal pengsan! Jadi disini, izinkan saya berkongsi cerita mengenai pengalaman saya mendaki bukit dan gunung di Langkawi.
Saya bukanlah seorang yang tahu tentang alam, namun saya gemar untuk ambil tahu tentang alam. Keinginan untuk mendaki bermula dengan ajakan rakan sekelas saya. Katanya di atas bukit kita dapat melihat permandangan yang indah disamping menghilangkan tekanan. Bak kata orang 'healing'. Gunung pertama yang saya daki ialah Gunung Mat Chincang 1. Kenapa 1? Kerana gunung ini terbelah dua, jadinya ada 2 puncak yang diketinggian berbeza. Gunung Mat Chincang 1 ini merupakan gunung yang mempunyai ketinggian 711 meter (2339 kaki). Untuk berada di kaki gunung, kami dikehendaki menaiki tangga 1000 kaki yang kemuncaknya ialah air terjun Telaga Tujuh. Disitulah beradanya kaki gunung Mat Chincang tersebut. Sebelum mulakan perjalanan, kami bermohon doa kepada Allah SWT agar perjalanan kami ke puncak selamat dari segala bencana dan bahaya.
Pada ketika itu, kami berlima. Tiga perempuan dan dua lelaki. Semuanya kawan sekelas saya. Merekalah yang banyak membantu saya ketika lelah sepanjang perjalanan untuk sampai di puncak. Nasihat saya kepada semua, bawalah air mineral secukupnya supaya tidak minta yang kawan punya hahaha. Bagi saya, gunung ini agak mencabar kerana mungkin ia gunung pertama yang saya daki dan pada ketika itu juga kami mendaki dalam keadaan hujan. Jadinya, mencabar kerana jalannya agak licin ketika mendaki. Ada juga beberapa kali saya dan kawan-kawan jatuh terduduk dek kerana tanah dan jalannya yang basah. Namun, permandangan di atas puncak gunung ini cantik dan indah. Rating view 8/10.
Gambar saya di atas puncak Gunung Mat Chincang
Gunung kedua yang saya daki ialah Gunung Mat Chincang 2. Kalini saya mengajak rakan yang lain untuk cuba mendaki, jadinya lebih kurang 7 orang yang ikut serta misi dakian ke puncak gunung ini. Gunung ini tidaklah tinggi jika nak dibandingkan dengan Gunung Mat Chincang 1. Ketinggiannya hanyalah 701 meter. Namun, perjalanan untuk ke puncak gunung ini juga agak mencabar. Ini kerana jalannya berbatu, dan batu-batunya tajam. Bahaya. Memang perlu berhati-hati. Pokok-pokok di sekeliling jalan juga banyak yang berduri. Nasihat kedua daripada saya, pakailah sarung tangan untuk mengelakkan jari daripada terluka dan terkena duri. Permandangan di atas gunung ini juga sangat cantik walaupun ketika kami sampai di puncak ia agak berkabus kerana hujan. Namun rating permandangan kat sini yang saya boleh berikan ialah 9/10.
Gambar saya dan rakan-rakan di atas puncak Gunung Mat Chincang 2
Pendakian ketiga saya bukanlah gunung tetapi bukit. Bukit Kilim 6. Ketinggiannya hanyalah 202 meter. Namun ketika saya mendaki bukit ini, rasanya seperti mendaki gunung. Ini kerana, jalannya tidak rata, dan meninggi. Banyak juga laluan yang berbatu tajam dan pokok-pokok berduri. 202 meter itu tidaklah tinggi, tetapi saya juga pelik dengan diri ini kerana banyak kali berhenti rehat berbanding meneruskan pendakian. Mungkin sudah tua hahaha. Disebabkan banyak berhenti, perjalanan kami jadinya mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak. Hampir satu jam setengah jugalah mendaki baru kami sampai ke puncak bukit ini. Saya juga banyak kali terasa seperti nak pengsan kerana pitam. Saya pula darah rendah. Memang tidak sepatutnya saya ikut kawan-kawan panjat bukit ini, namun kerana mahu melihat permandangan yang cantik di puncak bukit ini terpaksa jugalah saya gagahkan diri ini. Akhirnya, saya dan kawan-kawan sampai di puncak bukit ini. Permandangannya sangat cantik kerana kami dapat melihat aliran Sungai Kilim dengan bot-bot pelancong yang melalui sungai itu. Tenang sekali rasanya. Dapatlah saya healing dengan kawan-kawan disini. Rating view kat sini 10/10.
Gambar saya di puncak Bukit Kilim 6
Jadi, itulah serba sedikit pengalaman saya dalam dunia hiking ini. Walaupun saya sedar yang saya memiliki masalah kesihatan namun, saya bangga dengan diri ini kerana mampu untuk habiskan pendakian dan berjaya sampai ke puncak. Penat, ya memang penat tapi seronok. Bak kata omputeh, 'The best views come after the hardest climb'.
Sekian dari saya. Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan