BOIKOT FILEM "PULAU"




Filem "PULAU" merupakan sebuah filem terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce arahan Euho. 

"Pulau" mengisahkan percutian impian di pulau eksotik yang berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah-kisah mistik yang menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam. 

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikhmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuara, Jazmy Juma, Mark O'Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. 

Dalam trailer filem PULAU ini terlalu banyak adegan-adegan yang berbentuk soft porn, sex dan tidak senonoh. Pelakon-pelakon dalam filem itu juga ramai yang berpakaian tidak cukup kain sehingga menjolok mata. Astagfirullah! Tidak salah untuk kita memajukan industri filem seperti di negara-negara luar. Namun, janganlah terlalu mengikut budaya-budaya barat sehingga kita lupa terhadap agama dan budaya kita sendiri.

Dijangka filem ini ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023 dimana seperti kita tahu bulan tersebut kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sangatlah tidak elok dan dianggap tidak menghormati bulan suci jika filem lucah seperti ini ditayangkan pada waktu tersebut. Marilah sama-sama kita memboikot filem "PULAU" ini.

Filem yang berbentuk erotik seperti ini sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada tontonan awam. Pihak berkaitan iaitu Lembaga Penapis Filem (LPF) perlu menyemak semula kelulusan perlepasan tayangan filem kontroversi seperti "PULAU" ini. 

Ulasan