Almarhum Tuan Guru Paksu Mid ; Ilmuwan Tersohor Kedah



Tuan Guru Haji Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mid merupakan ilmuwan tersohor di negeri Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1926 di Air Hitam, Jerlun Kedah. Tokoh agama hebat ini baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di hari jumaat pada 11 November 2022. 

Terdapat sumber mengatakan keturunan asal Paksu Mid adalah dari Banjar, Indonesia. Beliau mula tinggal di Tembaga pada tahun 1965 dan mendirikan rumah tangga pada tahun 1973.

Sepanjang usia muda beliau banyak berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar di waktu siangnya. Pada malam hari, beliau akan menggunakan masa untuk menadah ilmu bersama guru-guru beliau.

Beliau telah banyak menuntut ilmu dari beberapa wali Allah seperti;

1. Syeikh Abu Bakar - Palestin

2. Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star

3. Pak Da Eil - Mekah

4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

10 Amalan Akhir Zaman

Terdapat 10 amalan akhir zaman daripada Paksu Mid, antaranya;

1. Seeloknya makan hanya nasi, telur dan sayur sahaja.

2. Tidak makan di luar.

3. Tidak makan makanan berproses seperti bihun, kueyteow dan mee.

4. Berpuasa setiap hari isnin dan khamis.

5. Pakaian selalu bersih dan suci daripada najis.

6. Solat tidak boleh tertinggal satu waktu pun, maknanya tiada istilah qada.

7. Kurangkan pergaulan dengan masyarakat sekeliling.

8. Sentiasa dalam keadaan berwuduk. Selepas batal ambil semula dan solat sunat 2 rakaat.

9. Lazimkan membaca Al-Quran setiap hari. Jangan keluar rumah sebelum menatap wajah dan membaca Al-Quran terlebih dahulu. 

10. Sentiasa berselawat.


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Perginya sebutir pemata ummah, tokoh ulama' Kedah yang hebat dan sangat mencintai Al-Quran. Kematian Wali Allah di hari jumaat yang mulia sangatlah terasa kehilangannya dan pasti dicemburui semua. Semoga almarhum Paksu Mid ditempatkan bersama para nabi, siddiqin, shuhada dan solihin. 

Marilah sama-sama kita beramal dengan amalan-amalan yang ditinggalkan oleh beliau agar kita dapat menjadikan diri kita sebagai insan yang soleh dan solehah. InsyaAllah, Allahumma Aaminn. 

Ulasan