Resepi Mudah Kuih Tepung Bungkus


Assalamualaikum semua. Korang mesti suka kan makan kuih tepung bungkus ni. Kuih tradisional orang melayu. Saya dan mak pun suka hehe memang fav kami. Tapi tak puas ye makan kuih ni kalau beli kat gerai tepi-tepi jalan tu. Buat sendiri baru puas makan. Haaa kalau tak tahu resepi kuih tepung bungkus ni. Korang boleh follow resepi yang saya share kat bawah ni tau. Selamat mencuba!


RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS 

Bahan inti kelapa :

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 ketul gula melaka / 1 cawan gula merah
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Daun pisang (dilayur)

Bahan Tepung :

  • 3 ½ cawan santan pekat
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan air

Cara-cara memasak:

  1. Masak gula, air dan daun pandan sampai gula larut dan sedikit pekat.
  2. Masukkan kelapa dan gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan tepung dan gaul rata.
  4. Setelah sejuk, bulat-bulatkan seperti biji guli. Ketepikan dan simpan lebihan inti.
  5. Satukan semua bahan tepung bungkus dan kacaukan dahulu sebelum buka api.
  6. Kemudian, masak dengan api sederhana sampai tepung likat dan nampak sedikit berketul.
  7. Pastikan sentiasa kacau dan matikan api.
  8. Layurkan daun pisang yang dah disapu dengan minyak.
  9. Ambil 2 sudu adunan tepung bungkus dan letak ditengah-tengah daun pisang.
  10. Ambil 2 inti kelapa yang dah dibulatkan tadi dan letak di atas adunan. Tutup sedikit dengan tepung tadi.
  11. Setelah siap dilipat dan dibungkus kemas, kukus kuih selama 20 minit.
  12. Setelah ianya sejuk, sedia untuk dihidang.

Selamat menjamu selera ;)

Ulasan